1. Teori Pembelajaran Kognitif
- teori ini adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan, dan pemahaman.
Prinsip Kognitif
- bahan-bahan pembelajaran disusun daripada mudah kepada susah.
- memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan.
- pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran baru.
- isi pembelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih mengingati.
- setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.
Pendekatan Teori Kognitif
- menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang diterima di proses melalui perbandingan, peniruan, dan penyatuan dengan maklumat yang sedia ada, diubahsuai pula dan disusun semula.
- menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian masalah.
2. Teori Pembelajaran Konstruktivitisme
- teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman.
- pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada.
- proses pembelajaran di bawah teori ini juga menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan.
- tokoh-tokoh terkenal seperti Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky, dan John Dewey. Kesemua tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktiviti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru.
- teori ini menekankan kepada penglibatan murid dalam menyelesaikan masalah. murid akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada.
- semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan konstruktivistime.
Prinsip-prinsip Pembelajaran Konstruktivistime
- proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif.
- semasa proses pembelajaran berlaku, ianya melibatkan aktiviti sosial dan perkembangan bahasa sesama murid. contohnya aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan.
- murid akan belajar mendapatkan sesuatu input yang baru semasa proses belajar dilangsungkan.
- aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal, dan pengetahuan sedia ada murid.
- Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
- Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakia dalam proses pembelajaran.
3. Teori Pembelajaran Behavioris
- perubahan tingkah laku disebabkan oleh pengalaman.
- behavioris menumpukan perhatian aspek tingkah laku melalui pemerhatian dan boleh diukur.
- semua benda wujud adalah benda yang boleh kita lihat dan perhatikan.
- semua benda wujud adalah benda yang boleh kita lihat dan perhatiakn.
- tidak boleh lihat pemikiran, tetapi boleh diperhatikan mengikut tingkah laku manusia.
4. Teori Pembelajaran Humanis.
- teori ini menegaskan kepentingan cara pengajaran pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya.
- Carl Rogers dengan saranan pertamanya iaitu terapi tumpuan orang (terapi berpusatkan murid) menyatakan: i) guru membantu murid mengenalpasti masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju kearah penyelesaian. ii) fenomenologi : saranan kedua yang melambangkan penaruhan perhatian terhadap dunia seperti yang diamati oleh individu, bukan semata-mata mengikut anggapan yang dianggap benar. Fenomenologi mementingkan pandangan peribadi individu terhadap persekitarannya.
.
No comments:
Post a Comment