Monday, May 13, 2013


Bagaimana Pendidikan Seni Visual Dapat Melahirkan Pelajar-pelajar yang Holistik dari segi JERIS?

J - JASMANI
E - EMOSI
R - ROHANI
I - INTELEK 
S - SOSIAL

Jasmani
Jasmani merupakan kemahiran menggunakan anggota badan secara sihat di mana dapat melahirkan murid-murid  yang produktif dan cergas dalam setiap aktiviti yang dijalankan dalam Pendidikan Seni Visual. Murid-murid dapat bertindak secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan dalam kelas. 

Emosi
Emosi merujuk kepada bimbingan yang diberikan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran semasa melakukan aktiviti yang diberikan. Murid-murid turut meluahkan rasa mereka yang terpendam ke dalam aktiviti yang diberikan seperti aktiviti melukis. Aktiviti yang diberikan guru kepada murid-muridnya turut mengajar erti kesabaran dan kesungguhan mereka dalam menjalankan aktiviti yang diberikan. 

Rohani 
Dari segi rohani pula di mana ia meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Murid-murid di ajar untuk menghargai setiap perkara ciptaan Tuhan. ini dapat membentuk murid-murid menjadi manusia yang berguna pada masa akan datang. 

Intelek
Intelek merupakan pembentukan sikap, nilai, dan akhlak dalam diri murid-murid. Guru juga perlu memberi pendedahan dan penekanan mengenai pelbagai aspek pemikiran agar murid-murid dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.

Sosial
Maksud sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Nilai-nilai sosial seperti tolong-menolong, yakin pada diri, dan baik hati perlu diterapkan pada murid-murid bagi memudahkan mereka bekerjasama dalam berkumpulan semasa melakukan aktiviti yang diberikan.

No comments:

Post a Comment