Tuesday, March 26, 2013

JFEA 3314 : PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN SENI



Bagaimana cabang falsafah ini berkaitan dengan FPK?

1.    Metafizik

  • Cabang falsafah metafizik dapat dikaitkan dengan sifat reality. Metafizik dapat didefinisikan sebagai yang melampaui batas fizikal yang hanya dapat dijawab melalui siasatan saintifik.


  • Dapat memperkembangkan potensi individu di mana dalam konsep FPK yang menitikberatkan perkembangan seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial. Tujuan membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk melahirkan insane yang sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga manusia.


  • Perkembangan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi telah merubah scenario dunia sehingga proses mendidik telah banyak berpindah daripada institusi keluarga dirumah kepada guru-guru di institusi sekolah. Menyediakan medium seperti sekolah. Sekolah yang bertindak sebagai tempat mnenghasilkan produk ( pelajar ) pendidikan yang dihasilkan adalah menyeluruh dan bersepadu demi pengaplikasian ilmu yang diterima di sekolah kedalam rutin harian.


2.    Epistemologi  

  • Cabang falsafah ini berkaitan dengan sifat semulajadi ilmu. Asas kepada epistmologi tetumpu kepada isu mengnai pengetahuan yang datang daripada pengetahuan daripada wahyu, kuasa, intuisi, pancaindera atau daripada penaakulan atau eksperimen.


  • Cabang falsafah epistemology ini dapat dikaitkan dengan peranan falsafah pendidikan Negara sebagai suluh yang dapat member panduan dan arah tuju kepda segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Menjadi dasar untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara sebagai rujukan untuk membantu pendidik memahami sistem pendidikan Negara sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas mendidik.




3.    Aksiologi

  • Aksiologi merupakan cabang falsafah yang berhubung kait dengan nilai seperti etika dan agama. Aksiologi juga berkaitan dengan nilai dan hubungan dengan pengajaran nilai moral dan pengembangan sahsiah.


  • Jika dirujuk semula terhadap FPK, definisinya adalah berkaitan untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dari factor agama khasnya agama Islam ialah agama rasmi bagi Negara Malaysia tetapi agama lain juga bebas dianuti


4.     Logik

  • Cabang falsafah logik pula adalah bidang sains tentang pemikiran tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dan dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan sah dan yang mengelirukan.