Wednesday, May 15, 2013




ARAS TAXONOMY

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, efektif, dan psikimotor.

ARAS KOGNITIF

1. PENGETAUAN (KNOWLEDGE)
  • Mengingati kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa, dan lain-lain daripada pembelajaran lepas.
  • contoh : nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
    2. KEFAHAMAN  (COMPREHENSION)
  • Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
  • contoh : pilih, terangkan, tulis semula.
   3. APLIKASI (APLLICATION)
  • Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, hukum, kaedah, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain
  • contoh : selesaikan, ramalkan, cari kesilapan, dan bina alat.
  4. ANALISIS (ANALYSIS)
  • Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal diantara bahagian, kenali struktur organisasi.
  • contoh : bezakan, pasti, pilih.
 5. SINTESIS (SYNTHESIS)
  • Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
  • contoh : bina, hasilkan, kembangkan, susun.
 6. PENILAIAN (EVALUATION)
  • Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.
  • contoh : pilih, beri alasan, kritikan, buktikan.



No comments:

Post a Comment