CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN
1. Berpengetahuan dalam bidang mata pelajaran yang diajar
- Program pengajaran dirancang dengan tersusun dan berkualiti.
- persembahan kandungan mata pelajaran yang tersusun.
- tindak balas terhadap pertanyaan murid/pelajar yang positif.
- berterusan berusaha meningkatkan pengetahuan kurikulum.
2. Mendorong murid berusaha mencapai yang terbaik bagi diri mereka.
- menyediakan pelajaran yang mencabar murid.
- menggalakkan murid menilai diri, berfikir dan menetapkan sasaran.
- mengambilkira pelbagai kebolehan murid.
- menimbulkan minat belajar dan keyakinan diri murid.
- menimbulkan motivasi kepada murid.
3. Menyusun kandungan pelajaran agar mudah difahami
- konsep utama disusun mengikut urutan untuk memudahkan murid memahami topik yang diajar.
- mengambil kira aspek-aspek yang menjadi punca masalah kepada murid-murid untuk memahami tugasan yang diberikan.
4. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
- guru memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran secara individu atau berkumpulan.
- guru memberi penegasan kepada kaedah pengajaran yang melibatkan murid dan murid perlu mengambil bahagian dengan cergas dalam setiap proses pembelajaran.
- gerak kerja yang dijalankan berhubungkait dengan hasil pembelajaran yang dirancang.
No comments:
Post a Comment