i.
Pendekatan tradisional
·
Pendekatan tradisional merupakan pendekatan
gaya arahan yang digunakan dimana mementingkan rangsangan tindakbalas. Guru
menggunakan pendekatan ini bagi memudahkan interaksi pelajar dengan guru. Hal
ini bagi mengelakkan pelajar daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa
proses pembelajaran dijalankan.
ii.
Pendekatan humalistik
·
Pendekatan humalistik pula menekankan kepada
perasaan seseorang terhadap pengalaman pembelajaran. Pendekatan ini menekankan
dimana fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk
penglibatan individu secara mendalam. Pembelajaran adalah melalui pengalaman di
mana pelajar digalakkan untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu.
Pendekatan ini mementingkan kesungguhan murid secara individu dalam melakukan
sebarang aktiviti di dalam kelas.
iii.
Pendekatan tingkah laku
·
Matlamat pendekatan ini ialah membentuk
tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai.
iv.
Pendekatan sistem
·
Pendekatan sistem pula menganggap proses
pengajaran dan pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah.
Pendekatan ini digunakan oleh guru bagi mengenalpasti matlamat, analisis pengajaran, pemilihan media, dan
pemilihan bahan pengajaran.
Ø Pendekatan
yang digunakan berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran ;- konkrit ke
abstrak
Mudah ke kompleks
Keseluruhan kepada
sebahagian
Umum ke spesifik (deduktif)
KAEDAH
Satu
tatacara bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
Kaedah
yang digunakan :
1. Kaedah
Inkuiri (penemuan)
·
Menekankan kepada 5 prosedur iaitu :
P1 – kenalpasti masalah
P2 – rancang penyelesaian
P3 – kumpul maklumat
P4 – buat tafsiran
P5 – buat kesimpulan
2. Kaedah
penyelesaian masalah
·
Dalam PSV kaedah ini hanya meliputi projek
dan tunjukcara atau demonstrasi sahaja.
·
Kelebihan kaedah ini ialah dapat menggalakkan
interaksi antara pelajar dan memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi.
·
Kelemahan kaedah ini ialah perlu menggunakan
lebih banyak masa berbanding dengan kaedah berpusatkan guru.
3. Kaedah
Kolaboratif
·
Kaedah ini pula bermakna satu situasi di mana
terdapat unsure bermuafakat serta tolak ansur di anatara beberapa individu
untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan.
·
Pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid
bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran untuk
menuju kea rh satu matlamat yang sama iaitu menyiapkan satu hasil seni yang
menarik.
4. Kaedah
Koperatif
·
Murid terlibat dengan member penerangan
kepada rakan. Murid berinteraksi antara satu sama lain.
·
Murid belajar secara aktif dan bukan hanya
bergantung kepada guru.
TEKNIK
Ø Teknik
merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya :
1. Teknik
Simulasi
·
Simulasi dimaksudkan sebagai situasi yang
diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing dalam
menyelesaikan masalah.
·
Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk
memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
berdasarkan peranan yang diberikan.
·
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat
dihubungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran melukis,
menampal dan mewarna.
·
Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik
bagi meneruskan pengajaran dan pembelajaran.
2. Teknik
Demonstrasi
·
Teknik ini pula melibatkan teknik pengajaran
yang memusatkan guru atau aktiviti di mana guru menunjukkan cara melakukan atau
menghasilkan kolaj di hadapan murid-murid dalam sesi pengajaran. Guru
menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan kolaj rama-rama pelangi ini dari awal
sehingga terhasilnya rama-rama pelangi tersebut.
·
Melalui teknik ini, murid-murid dapat
memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan aktiviti kolaj
tersebut. Cara ini digunakan bagi memastikan murid dapat melakukan aktiviti ini
dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas, dan berkesan.
·
Melalui teknik ini guru perlu mengetahui
terlebih dahulu peralatan yang hendak digunakan dalam demonstrasi itu. Alat
kelengkapan perlu disediakan dahulu seperti kertas pelbagai warna, gam dan
gunting bagi memudahkan teknik demostrasi dijalankan.
STRATEGI
Strategi
yang digunakan oleh En Zauki sangat
berkesan di mana beliau telah menggunakan bentuk SMART iaitu kemahiran yang
khusus, boleh diukur, boleh dicapai, munasabah, dan masa mencukupi. Di mana
melalui bentuk ini guru perlu mendedahkan satu kemahiran baru sahaja dalam satu
kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran. Selain itu, En Zauki turut
mengambil kira masa yang digunakan bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan
samaada mencukupi atau tidak. Murid-murid juga perlu diberi peluang untuk
melakukan sendiri aktiviti yang diberikan bagi menarik minat mereka untuk meneruskan
sesi pembelajaran. Di samping itu juga, aktiviti yang dijalankan di dalam kelas
perlu perlu dipelbagaikan bagi mewujudkan kesinambungan atau berhubung kait.
KAWALAN
PELAJAR
Melalui
pemerhatian saya, kawalan pelajar yang dilakukan oleh guru tersebut di dalam
kelas sangat baik kerana beliau sentiasa melakukan pergerakan untuk mengetahui
perjalanan aktiviti pelajar. Selain itu sepanjang kelas berlansung saya melihat
guru tersebut sabar dalam melayan kerenah para pelajar beliau, disamping menjawab
pelbagai soalan yang diajukan oleh para pelajar. Walaupun kadang kala soalan
yang mereka tanyakan tidak releven atau tidak mmempunyai perkaitan dengan apa
yang mereka pelajari.
Selain
itu, guru tersebut sangat tegas semasa di dalam kelas bagi mengelakkan keadaan
tidak terkawal dan bagi menjamin keselamatan murid-murid semasa menggunakan
peralatan yang tajam bagi melakukan aktiviti yang diberikan. Aktiviti di dalam
kelas berjalan dengan terkawal sehingga semua murid-murid berjaya menyiapkan
tugasan yang diberikan.
REFLEKSI
Sepanjang pemerhatian saya semasa di
dalam kelas tersebut di mana dapat melihat kesungguhan dan minat murid-murid
dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Hal ini menunjukkan bahawa strategi
pengajaran yang di ajar oleh guru tersebut berkesan menarik minat murid-murid
untuk belajar dan melakukan aktiviti yang diberikan kepada mereka.
Selain itu, kesabaran yang
ditunjukkan oleh guru tersebut dalam melayan kerenah murid-murid sangat menarik
perhatian saya untuk menyelami dunia perguruan. Profesion perguruan sangat
menarik untuk diterokai terutama dalam Pendidikan Seni Visual di mana
memerlukan aplikasi di samping pelbagai teknik yang perlu dipelajari.
LAMPIRAN