Tuesday, May 14, 2013

Refleksi Minggu ke-8

Pada minggu ke-8, kelas masih meneruskan pembentangan yang tertangguh pada minggu ke-7. Sambungan pembentangan berkaitan dengan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan. Dalam pembentangan tersebut kami dijelaskan mengenai pendekatan kaedah seperti induktif dan deduktif. 

Namun begitu, penjelasan yang diberikan oleh kumpulan pembentangan agak kurang jelas. Berlaku soal jawab antara pelajar dengan kumpulan pembentangan. Selepas itu, Dr Zuraida menjelaskan dengan teliti mengenai pendekatan yang diterangkan oleh kumpulan pembentangan

konsep induktif 
- aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, dan kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan.
konsep deduktif
- daripada umum kepada khusus. Bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan memberi fokus pada butiran lalu membuat kesimpulan umum.

konsep elkletik
- pendekatan ini adalah satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. 

konsep Komunikatif
- pendekatan ini berfokuskan kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi di dalam kelas.  



Monday, May 13, 2013

PENDEKATAN. STRATEGI, KAEDAH, DAN TEKNIK?


Pendekatan (jalan yang diambil) - cara kita mendekati ssesuatu / cara bagaimana sesuatu matapelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu matapelajaran atau sesuatu kemahiran. 
Ciri-ciri pendekatan yang digunakan ialah :
  • konkrit kepada abstrak
  • mudah kepada kompleks
  • keseluruhan kepada sebahagian 
  • umum kepada spesifik (deduktif)

Strategi - rancangan sesuatu tindakan / operasi yang berkesan. strategi boleh diibaratkan sebagai satu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa, serta kemudahan secara optimum. 

Kaedah dan Teknik - cara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah mengikut kamus dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu) hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada satu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. 


Refleksi Minggu Ke-7

Dalam proses pembelajaran pada minggu ke-7 ini saya tidak dapat melibatkan diri kerana ketidakhadiran saya ke kelas Pendidikan dan Pengajaran Seni disebabkan masalah-masalah tertentu. 

Namun begitu, saya dimaklumkan oleh kawan saya mengenai pelajaran pada hari tersebut. Mereka memberitahu bahawa pada kelas tersebut mereka melakukan pembentangan mengenai strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang boleh digunakan oleh seorang guru ketika mengajar di dalam kelas. 

Selain itu, saya diberitahu bahawa kami semua perlu membuat pemerhatian di mana-mana sekolah rendah bagi melihat proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Seni Visual bagi melihat teknik, strategi dan pendekatan yang digunakan oleh guru tersebut dalam proses pengajaran mereka. 


Refleksi Minggu ke-6

Pada minggu ini, kami telah diajar berkaitan dengan pendekatan kurikulum seperti objektif kurikulum itu sendiri kepada guru. Tumpuan utama objektif kurikulum ini kepada Pendidikan Seni Visual di mana kami diajar berkaitan dengan empat bidang utama dalam Pendidikan Seni Visual Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) iaitu dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. 

Selain itu, kami turut mempelajari mengenai ciri-ciri seorang guru yang berkesan. melalui pembelajaran ini kami dapat mengetahui bagaimana seseorang itu boleh menjadi guru yang baik dari segi semua aspek sama ada ketika mengajar atau ketika menjawab persoalan-persoalan daripada pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menjawab persoalan daripada murid-murid yang pelbagai jenis. 
CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN


1. Berpengetahuan dalam bidang mata pelajaran yang diajar

  • Program pengajaran dirancang dengan tersusun dan berkualiti.
  • persembahan kandungan mata pelajaran yang tersusun.
  • tindak balas terhadap pertanyaan murid/pelajar yang positif.
  • berterusan berusaha meningkatkan pengetahuan kurikulum.
2. Mendorong murid berusaha mencapai yang terbaik bagi diri mereka.
  • menyediakan pelajaran yang mencabar murid.
  • menggalakkan murid menilai diri, berfikir dan menetapkan sasaran.
  • mengambilkira pelbagai kebolehan murid.
  • menimbulkan minat belajar dan keyakinan diri murid.
  • menimbulkan motivasi kepada murid.
3. Menyusun kandungan pelajaran agar mudah difahami
  • konsep utama disusun mengikut urutan untuk memudahkan murid memahami topik yang diajar.
  • mengambil kira aspek-aspek yang menjadi punca masalah kepada murid-murid untuk memahami tugasan yang diberikan.
4. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
  • guru memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran secara individu atau berkumpulan.
  • guru memberi penegasan kepada kaedah pengajaran yang melibatkan murid dan murid perlu mengambil bahagian dengan cergas dalam setiap proses pembelajaran.
  • gerak kerja yang dijalankan berhubungkait dengan hasil pembelajaran yang dirancang. 

Bagaimana Pendidikan Seni Visual Dapat Melahirkan Pelajar-pelajar yang Holistik dari segi JERIS?

J - JASMANI
E - EMOSI
R - ROHANI
I - INTELEK 
S - SOSIAL

Jasmani
Jasmani merupakan kemahiran menggunakan anggota badan secara sihat di mana dapat melahirkan murid-murid  yang produktif dan cergas dalam setiap aktiviti yang dijalankan dalam Pendidikan Seni Visual. Murid-murid dapat bertindak secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan dalam kelas. 

Emosi
Emosi merujuk kepada bimbingan yang diberikan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran semasa melakukan aktiviti yang diberikan. Murid-murid turut meluahkan rasa mereka yang terpendam ke dalam aktiviti yang diberikan seperti aktiviti melukis. Aktiviti yang diberikan guru kepada murid-muridnya turut mengajar erti kesabaran dan kesungguhan mereka dalam menjalankan aktiviti yang diberikan. 

Rohani 
Dari segi rohani pula di mana ia meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Murid-murid di ajar untuk menghargai setiap perkara ciptaan Tuhan. ini dapat membentuk murid-murid menjadi manusia yang berguna pada masa akan datang. 

Intelek
Intelek merupakan pembentukan sikap, nilai, dan akhlak dalam diri murid-murid. Guru juga perlu memberi pendedahan dan penekanan mengenai pelbagai aspek pemikiran agar murid-murid dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.

Sosial
Maksud sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Nilai-nilai sosial seperti tolong-menolong, yakin pada diri, dan baik hati perlu diterapkan pada murid-murid bagi memudahkan mereka bekerjasama dalam berkumpulan semasa melakukan aktiviti yang diberikan.

Refleksi Minggu ke-5

       Minggu ini merupakan minggu pertama kami ditemukan dengan Dr Zuraida kerana minggu sebelum ini kami diajar oleh Dr Ross dalam subjek Pendidikan dan pengajaran Seni. Alhamdulillah kami diajar berkaitan dengan cabang-cabang pendidikan seperti falsafah pendidikan. Antara cabang-cabang dalam falsafah yang dapat kami pelajari ialah metafizik, epistemologi, aksiologi, dan logik. perkataan-perkataan tersebut merupakan perkataan baru yang kami pelajari dalam bidang pendidikan ini.


  • Bidang falsafah yang diajar ini amat penting bagi mereka yang akan bergelar guru. Hal ini kerana dalam bidang ini kita akan diajar mengenai sifat seorang guru ketika menyampaikan maklumat kepada murid-muridnya, cara yang digunakan oleh seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam kuliah ini kami  lebih memahami cabang-cabang dalam bidang falsafah tersebut. Di samping itu, kami turut didedahkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).