Wednesday, May 15, 2013




ARAS TAXONOMY

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, efektif, dan psikimotor.

ARAS KOGNITIF

1. PENGETAUAN (KNOWLEDGE)
  • Mengingati kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa, dan lain-lain daripada pembelajaran lepas.
  • contoh : nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
    2. KEFAHAMAN  (COMPREHENSION)
  • Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
  • contoh : pilih, terangkan, tulis semula.
   3. APLIKASI (APLLICATION)
  • Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, hukum, kaedah, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain
  • contoh : selesaikan, ramalkan, cari kesilapan, dan bina alat.
  4. ANALISIS (ANALYSIS)
  • Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal diantara bahagian, kenali struktur organisasi.
  • contoh : bezakan, pasti, pilih.
 5. SINTESIS (SYNTHESIS)
  • Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
  • contoh : bina, hasilkan, kembangkan, susun.
 6. PENILAIAN (EVALUATION)
  • Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.
  • contoh : pilih, beri alasan, kritikan, buktikan.



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 PENDIDIKAN SENI VISUAL

DISEDIAKAN OLEH : SITI ROHANA CHE JAFFAR


Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas : 4 Bestari
Bilangan Pelajar : 30 0rang
Tarikh : 24 April 2013
Masa : 1 jam
Bidang : Menggambar
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Rama-rama Pelangi

Objektif :   
  •       i.        Di akhir pembelajaran ini dapat melihat murid-murid dapat menghasilkan kolaj dengan kreativiti mereka sendiri.
  •     ii.        Murid-murid dapat mengenali jenis-jenis kolaj yang ada dan bahan yang boleh digunakan untuk membuat kolaj.
  •    iii.        Murid-murid dapat mengenali warna-warna asas

Penerapan Nilai :
  •       i.        Nilai kreativiti
  •     ii.        nilai kesabaran
  •    iii.        nilai kekemasan

Pengetahuan Sedia ada :
  •      Murid-murimengenali kertas pelbagai warna yang digunakan untuk membuat kolaj.

    ii.                                       Murid-murid mengetahui cara-cara untuk memotong kertas.

Hasil Pembelajaran :
  •       i.        Aras 1 – memerhati cara melukis gambar pada kertas.
  •     ii.        Aras 2 – mengetahui cara memotong kertas dengan betul setelah gambar siap di lukis
  •    iii.        Aras 3 – membuat susunan corak pada kertas warna.
  •    iv.        Aras 4 – dapat menghasilkan satu hasil kerja kolaj yang lengkap.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:
  •       i.        Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK)
  •     ii.        Interpersonal dan Intrapersonal(TPK)

Alat Bantu Mengajar : papan putih, marker, computer, contoh hasil kerja

Bahan keperluan : kertas pelbagai warna, gunting, gam

PELAKSANAAN

LANGKAH/
MASA
            ISI
PEMBELAJARAN
AKTIVITI
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Menyanyikan lagu
“rama-rama”
Guru meminta murid-murid mendengar terlebih dahulu lagu tersebut

Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu tersebut secara beramai-ramai.

Guru menerangkan kaitan antara lagu dengan hasil pembelajaran pada hari ini.
Muzik



inter/ intrapersonal muzik
Langkah 1
15 minit
Guru menerangkan kembali tentang kaitan warna-warna asas dengan kolaj
Murid-murid mengenali warna-warna asas dan mengetahui kaitan warna dengan aktiviti kolaj
Kecerdasan berfikir
Langkah 2
15 minit
Menerangkan konsep kolaj



Membuat tunjuk cara

Aras 1 :
Guru menunjukkan beberapa contoh kolaj yang siap

Guru menerangkan mengenai cara-cara untuk membuat kolaj


Kertas pelbagai warna, gunting, gam


Bersoal jawab
Langkah 3
25 minit
Menghasilkan kolaj
Aras 2 :
Murid-murid melukis rama-rama diatas kertas warna

Aras 3 :
Memotong rama-rama mengikut bentuk rama-rama yang telah siap dilukis

Mula membuat tampalan rama-rama pada kertas warna yang lain.

Menambahkan pelbagai bentuk corak pada rama-rama yang sudah siap dengan corak yang pelbagai.

Guru membimbing murid

Kecerdasan pelbagai





Interpersonal







Kinestetik, KBKK : Membanding beza dan menjana idea

Langkah 4
5 minit
Peneguhan dan penilaian
Aras 4 :
Mempamerkan hasil kerja individu


Guru meminta murid-murid membentangkan hasil kerja individu
Kecerdasan Pelbagai
Intra/ interpersonal, verbal linguistik

Nilai:
Keyakinan, keberanian



Tuesday, May 14, 2013

Pemerhatian Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah 

Latar Belakang Kawasan Kajian

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Gelang Mas,
                         Pasir Mas, Kelantan.
Nama Guru : En Zauki Hassan

Mata Pelajaran    : Pendidikan Seni Visual
Tahun/Kelas         : 3 Bestari
Bilangan Pelajar  : 27 orang
Tarikh                    : 13 April 2013
Masa                     : 12.15-01.15 tengah hari
Bidang                  : Menggambar
Tema                    : Alam Semula Jadi
Tajuk                     : Rama-rama Pelangi
Aktiviti                   : Kolaj/Tampalan
Objektif                 : i) di akhir pembelajaranmurid dapat menghasilkan kolaj dengan baik.
                               ii) murid-murid dapat mengingati warna-warna asas.
                              iii) murid dapat mengenali jenis-jenis kolaj.
Keperluan            : i) kertas warna
                               ii) gam
                              iii) gunting
Penerapan Nila i : nilai kesabaran, nilai kerjasama, nilai kreativiti, nilai kekemasan.
Alat Bantu Mengajar : marker, papan putih, komputer, contoh hasil kerja. 

PELAKSANAAN
LANGKAH /
         MASA
ISI PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN
   DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Menyanyikan sebuah lagu.
“rama-rama”
Guru meminta murid-murid mendengar terlebih dahulu lagu “rama-rama” sebelum murid-murid menyanyikan secara beramai-ramai lagu tersebut.

Guru menerangkan kaitan lagu tersebut dengan pembelajaran pada hari ini.
Muzik






inter/ intrapersonal muzik
Langkah 1
(15 minit)
Guru memberi penerangan yang lengkap.









Membuat tunjuk cara
Guru menerangkan maksud kolaj dan warna-warna asas serta kaitannya dengan pembelajaran pada hari ini.

Aras 1:
Guru menerangkan mengenai tugasan yang perlu dilakukan pada hari ini.

Guru menunjukkan contoh-contoh kolaj yang sudah siap.


Guru mengadakan sesi soal jawab.
Kecerdasan berfik










Kertas pelbagai warna, gunting, gam


Bersoal jawab
Langkah 2
(30 minit)
Aktiviti penghasilan
Aras 2:
Murid-murid melukis rama-rama diatas kertas warna.
Murid-murid melukis pelbagai bentuk rama-rama mengikut kreativiti masing-masing.

Aras 3 :
Memotong rama-rama mengikut bentuk rama-rama yang telah siap dilukis

Mula membuat tampalan rama-rama pada kertas warna yang lain.

Menambahkan pelbagai bentuk corak pada rama-rama yang sudah siap dengan corak yang pelbagai.

Guru membimbing murid
Kecerdasan pelbagai

Nilai kreatif





Interpersonal








Kinestetik, KBKK  Membanding beza dan menjana idea


Langkah 3
(10 minit)

Peneguhan dan penilaian
Aras 4 :
Mempamerkan hasil kerja individu



Guru meminta murid-murid membentangkan hasil kerja individu
Kecerdasan Pelbagai
Intra/ interpersonal, verbal linguistik

Nilai:
Keyakinan, keberanian
Langkah 5
Murid-murid dikehendaki menghantar hasil kerja masing-masing.

Markah diberikan kepada murid-murid



ANALISIS KAJIAN 

      i.        Pendekatan tradisional
·         Pendekatan tradisional merupakan pendekatan gaya arahan yang digunakan dimana mementingkan rangsangan tindakbalas. Guru menggunakan pendekatan ini bagi memudahkan interaksi pelajar dengan guru. Hal ini bagi mengelakkan pelajar daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa proses pembelajaran dijalankan.
    ii.        Pendekatan humalistik
·         Pendekatan humalistik pula menekankan kepada perasaan seseorang terhadap pengalaman pembelajaran. Pendekatan ini menekankan dimana fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. Pembelajaran adalah melalui pengalaman di mana pelajar digalakkan untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan kesungguhan murid secara individu dalam melakukan sebarang aktiviti di dalam kelas.


   iii.        Pendekatan tingkah laku
·         Matlamat pendekatan ini ialah membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai.
   iv.        Pendekatan sistem
·         Pendekatan sistem pula menganggap proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru bagi mengenalpasti matlamat, analisis         pengajaran, pemilihan media, dan pemilihan bahan pengajaran.
Ø  Pendekatan yang digunakan berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran ;- konkrit ke abstrak
                          Mudah ke kompleks
                          Keseluruhan kepada sebahagian
                          Umum ke spesifik (deduktif)
KAEDAH
Satu tatacara bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kaedah yang digunakan :
1.    Kaedah Inkuiri (penemuan)
·         Menekankan kepada 5 prosedur iaitu :
P1 – kenalpasti masalah
P2 – rancang penyelesaian
P3 – kumpul maklumat
P4 – buat tafsiran
P5 – buat kesimpulan
2.    Kaedah penyelesaian masalah
·         Dalam PSV kaedah ini hanya meliputi projek dan tunjukcara atau demonstrasi sahaja.
·         Kelebihan kaedah ini ialah dapat menggalakkan interaksi antara pelajar dan memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi.
·         Kelemahan kaedah ini ialah perlu menggunakan lebih banyak masa berbanding dengan kaedah berpusatkan guru.
3.    Kaedah Kolaboratif
·         Kaedah ini pula bermakna satu situasi di mana terdapat unsure bermuafakat serta tolak ansur di anatara beberapa individu untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan.
·         Pembelajaran kolaboratif  adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran untuk menuju kea rh satu matlamat yang sama iaitu menyiapkan satu hasil seni yang menarik. 
4.    Kaedah Koperatif
·         Murid terlibat dengan member penerangan kepada rakan. Murid berinteraksi antara satu sama lain.
·         Murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru.
TEKNIK
Ø  Teknik merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya :
1.    Teknik Simulasi
·         Simulasi dimaksudkan sebagai situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing dalam menyelesaikan masalah.
·         Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang diberikan.
·         Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat dihubungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran melukis, menampal dan  mewarna.
·         Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik bagi meneruskan pengajaran dan pembelajaran.    

2.    Teknik Demonstrasi
·         Teknik ini pula melibatkan teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana guru menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan kolaj di hadapan murid-murid dalam sesi pengajaran. Guru menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan kolaj rama-rama pelangi ini dari awal sehingga terhasilnya rama-rama pelangi tersebut.
·         Melalui teknik ini, murid-murid dapat memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan aktiviti kolaj tersebut. Cara ini digunakan bagi memastikan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas, dan berkesan.
·         Melalui teknik ini guru perlu mengetahui terlebih dahulu peralatan yang hendak digunakan dalam demonstrasi itu. Alat kelengkapan perlu disediakan dahulu seperti kertas pelbagai warna, gam dan gunting bagi memudahkan teknik demostrasi dijalankan.
STRATEGI
Strategi yang digunakan oleh En  Zauki sangat berkesan di mana beliau telah menggunakan bentuk SMART iaitu kemahiran yang khusus, boleh diukur, boleh dicapai, munasabah, dan masa mencukupi. Di mana melalui bentuk ini guru perlu mendedahkan satu kemahiran baru sahaja dalam satu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran. Selain itu, En Zauki turut mengambil kira masa yang digunakan bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan samaada mencukupi atau tidak. Murid-murid juga perlu diberi peluang untuk melakukan sendiri aktiviti yang diberikan bagi menarik minat mereka untuk meneruskan sesi pembelajaran. Di samping itu juga, aktiviti yang dijalankan di dalam kelas perlu perlu dipelbagaikan bagi mewujudkan kesinambungan atau berhubung kait.

KAWALAN PELAJAR
Melalui pemerhatian saya, kawalan pelajar yang dilakukan oleh guru tersebut di dalam kelas sangat baik kerana beliau sentiasa melakukan pergerakan untuk mengetahui perjalanan aktiviti pelajar. Selain itu sepanjang kelas berlansung saya melihat guru tersebut sabar dalam melayan kerenah para pelajar beliau, disamping menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh para pelajar. Walaupun kadang kala soalan yang mereka tanyakan tidak releven atau tidak mmempunyai perkaitan dengan apa yang mereka pelajari.
Selain itu, guru tersebut sangat tegas semasa di dalam kelas bagi mengelakkan keadaan tidak terkawal dan bagi menjamin keselamatan murid-murid semasa menggunakan peralatan yang tajam bagi melakukan aktiviti yang diberikan. Aktiviti di dalam kelas berjalan dengan terkawal sehingga semua murid-murid berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan.

REFLEKSI 
            Sepanjang pemerhatian saya semasa di dalam kelas tersebut di mana dapat melihat kesungguhan dan minat murid-murid dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Hal ini menunjukkan bahawa strategi pengajaran yang di ajar oleh guru tersebut berkesan menarik minat murid-murid untuk belajar dan melakukan aktiviti yang diberikan kepada mereka.
           Selain itu, kesabaran yang ditunjukkan oleh guru tersebut dalam melayan kerenah murid-murid sangat menarik perhatian saya untuk menyelami dunia perguruan. Profesion perguruan sangat menarik untuk diterokai terutama dalam Pendidikan Seni Visual di mana memerlukan aplikasi di samping pelbagai teknik yang perlu dipelajari.

LAMPIRAN